KUALA LUMPUR, 6 JUN: Sebanyak 5,650 unit rumah gantian khusus bagi golongan B40 dibina menerusi Projek Penswastaan Pembangunan Semula Pangsapuri Kos Rendah Sri Pulau Pinang, Sri Melaka, Sri Johor dan Taman Ikan Emas di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.